Kunci Motor Tidak Dapat Dihubungi


Memang dah lama sangat, mungkin dah setahun dua agaknya, kunci motor aku rosak. Masalahnya ia tak nak lekat pada ibu kunci, asyik nak tercabut je mungkin dah selalu keluar masuk dah longgar sangat kut. Tapi aku duk biarkan saje yelah tak jumpa masa yang sesuai utk selesaikan permasalahan tersebut. Akhirnya satu kuci dah tercabut dan tak dapat dikesan lagi.

Aku gunakan pulak kunci pendua untuk sekian lama tanpa diduplicatekan salinannya untuk disimpan. Ini kes kecuaian yang membawa padah. Dua bulan lepas kunci pendua tu pulak hilang, jenuh mencari tapi tetapi tak dapat dihubungi. Akhirnya motor tu tersadai dan diabaikan begitu sahaja.

Cuti ni aku rasa free sikit dan rasa teringin nak gi tukar kunci yang baru. Aku beli set kunci depan dengan harga RM40 dan pasang sendiri. Aku berjaya memasang kuni baru tersebut dan terus bersiap nak isi minyak. Sesampai di Petronas aku rasa sedikit kebodohan kerana macamana nak buka sit utk isi minyak..... hah haa haha hah.

Aku pergi semula ke kedai Ah Keong (tepi sungai Lipis) dan mulalah dia memomen motor aku untuk ganti kunci baru. Dia mendrill lubang kunci sampai tercabut semua sekali dan akhirnya setelah hampir 1/2 jam barulah berjaya. Huh penat sungguh nampaknya toke kedai tu dan dia pun pasang set kunci yang baru. Toke tu ada sedikit pesanan untuk aku; katanya"kawan aa, lain kali lu copy ini kunci 4 set aa, lua lu pakai, lua lagi lu simpan kalau hilang lu copy lagi lua set kasi simpan, ..manyak susah ooo mau tukar ini kunci.. aku terkedu bila fikirkan perkara yang kecil kalau diabaikan akan membawa kesusahan yang sungguh memenatkan.....lu fikirlah sendiri.

0 comments:

Post a Comment

IKLAN