Ujian Objektif


Ujian Objektif

Pengenalan

Ujian objektif ialah suatu jenis ujian terdiri daripada item-item (soalan) yang memerlukan calon:

1.Memberi jawapan dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respon) yang tepat.

2.Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai atau memadankan perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus.

Ujian objektif ini mempunyai ciri keobjektifan yang paling tinggi kerana jawapan calon dapat diperiksa dengan mudah dan tepat.

Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya.

Ujian objektif biasanya dibina dalam dua jenis kumpulan iaitu jenis bekalan dan jenis pilihan.

ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS BEKALAN

Item ujian objektif jenis bekalan merupakan item respons bebas yang memerlukan calon memberi jawapan yang pendek atau melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat.

Item jenis bekalan bolehlah dibina dalam bentuk soalan ataupun kenyataan.

a) Contoh-contoh item objektif berbentuk soalan:

- Siapakah yang digelar Bapa Malaysia?.......................................
- Berapa gram di dalam satu kilogram?........................................

b) Contoh-contoh item objektif berbentuk kenyataan:

- Genggam bara api...... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
- Nama ibu negara Malaysia adalah..... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...

Item objektif jenis pilihan merupakan item respons tetap yang memerlukan calon menanda, membulat, menggaris atau menyesuaikan gerak balas dengan tepat.

ITEM UJIAN OBJEKTIF JENIS PILIHAN

Bentuk item objektif jenis pilihan biasanya boleh dibina dalam tiga jenis iaitu:


a) Item betul / salah
b) Item padanan
c) Item aneka pilihan

Item betul / salah

Bentuk item betul / salah mengandungi soalan pokok berbentuk kenyataan samada betul atau salah sebagai pilihan jawapan.

Contoh:

a)Ikan paus merupakan sejenis amfibia.

Betul / Salah

b)Pahang terletak di Malaysia timur.

Betul / Salah

Item padanan

Item ini berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.

Calon dikehendaki menjawab item ini dengan menggunakan garis menanda kedua-dua objek atau yang berkaitan

Contoh:

a)Suaikan operasi darab dengan jawapannya

Item aneka pilihan

Item ini merupakan bentuk ujian objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan.

Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsisebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas yang berfungsisebagai pilihan jawapan. Antara beberapa pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul.

Item aneka pilihan

Jawapan yang betul ini dinamakan sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain pula dinamakan sebagai pengganggu distraktor.

Contoh:

i)Bentuk aneka pilihan berbentuk soalan:

Yang manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut adalah salah?


A.Semua benda hidup boleh bernafas.
B.Semua benda hidup boleh berkumuh.
C.Semua benda hidup bergerak.

D.Semua benda hidup boleh berenang

Item aneka pilihan

ii)Bentuk item aneka pilihan berbentuk ayat tidak lengkap:

Malaysia dibentuk pada tahun__________ .

A. 1956

B. 1957

C. 1959

D. 1963

Item aneka pilihan

iii)Contoh item aneka pilihan berbentuk cantuman:-

Haiwan yang berdarah panas dan bertelur ialah:

I. Kelawar

II. Burung

III. Itik

IV. Buaya

A.I dan II sahaja

B.II dan III sahaja

C.III dan IV sahaja

D.I dan III sahaja

ARAS KEMAHIRAN ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

PEMBINAAN ITEM UIJAN OBJEKTIF

1.Aras Pengetahuan

Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kelima?

A.Tun Mahathir

B.Tun Abdul Razak

C.Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi

D.Tun Hussein Onn

2.Aras Kefahaman

Hassan jarang lewat datang ke sekolah. Maksud perkataan lewat ialah?

A. Cepat

B. Tepat

C. Lambat

D. Lebih

3.Aras Aplikasi

Jangan pedulikan jemputan Ali kerana dia________________ sahaja.

A. Ajak-ajak ayam

B. Cakar ayam

C. Cakap angin

D. Cakap kosong

4.Aras Analisis

Perbezaan kubus dan kuboid adalah kuboid mempunyai_______________

A. Enam permukaan yang berbeza

B. Sisi yang berbeza

C. Isipadu yang lebih besar

D. Bucu yang lebih kecil

5.Aras Sintesis

Sekumpulan haiwan mempunyai sifat-sifat berikut:

Berdarah sejuk

Bernafas dengan kulit dan paru-paru

Bertelur dan persenyawaan di luar

Rupa anak tidak serupa dengan ibu bapa

Kumpulan haiwan yang dimaksudkan ialah:

A. Mamalia

B. Amfibia

C. Reptilia

D. Ikan

6.Aras Penilaian

Di antara pendekatan-pendekatan berikut, yang manakah PALING berkesan digunakan untuk menyerap nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak?

A. Asuhan di rumah

B. Pengajaran di sekolah

C. Aktiviti kokurikulum

D. Budaya sekolah

PRINSIP-PRINSIP MEMBINA ITEM JENIS BETUL-SALAH

1. Kenyataan betul atau salah hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara penting sahaja.

2. Kenyataan yang digubal itu hendaklah benar-benar betul atau benar-benar salah sahaja.

3. Jangan membina kenyataan yang terlalu nyata betul atau terlalu nyata salah kerana ini tidak akan benar-benar menguji calon secara objektif.

4. Pada prinsipnya, gubal lebih banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada kenyataan yang betul, kerana ramai calon biasanya lebih cenderung memilih betul sebagai jawapan apabila mereka kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau salah.

5. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti ‘semua’, ‘tiap-tiap’, ‘hanya’ dan sebagainya yang merupakan petunjuk kepada salah atau benar kenyataan tersebut.

6. Elakkan menggunakan kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulat-bulatnya daripada buku teks. Ini akan menolong calon menjawab soalan tanpa berfikir panjang

PRNISIP-PRINSIP MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN

1. Pokok soalan harus ditulis dalam bahasa yang mudah difahami.

2. Pokok soalan yang berbentuk negatif haruslah dikurangkan atau dielakkan langsung.

3. Pilihan jawapan atau gerak balas hendaklah ditulis sejajar dengan pokok soalan.

0 comments:

Post a Comment

IKLAN