Jenis-Jenis Ujian (Part II)


6. Ujian Subjektif

Jawapan dalam beberapa ayat atau ayat panjang

Calon perlu merancang jawapan dan menulis dengan perkataan sendiri

Sesuai untuk mengukur aras kognitif seperti fahaman,aplikasi dan analisis

Sesuai untuk mengukur aras kognitif sintesis dan penilaian

Lebih mudah membinanya daripada soalan objektif

Sukar diperiksa kebolehpercayaan rendah

Kebolehan menulis dengan baik dan kemas

Menggalakkan calon melahirkan perasaan dan menyusun,mengintergrasi idea serta menggalakkan daya cipta

Tindakbalas calon dibahagikan dua.Tindakbalas terhad dan tindakbalas lanjutan

Jenis Tindakbalas Terhad

Jawapan pendek-menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon

Jenis Tindak balas lanjutan (Jawapan tidak terhad)

membenarkan calon memilih,mengatur dan membentangkan jawapan yang difikirkan paling sesuai

Menguji aras kognitif yang paling tinggi iaitu menguji calon membuat analisis dan penilaian

Kelemahan ujian Subjektif

kurang cekap untuk mengukur pengetahuan mengenai fakta-fakta kerana skop soalan adalah amat luas

pemerkahan adalah rendah kebolehpercayaan kerana maklumat-maklumat berbeza

Semak Soalan Jenis Struktur

Bahagian soalan mempunyai perkaitan dengan tajuk kecil yang sama

Soalan dijawab dengan satu perkataan,frasa, simbol, rumus atau ayat pendek

Setiap soalab spesifik,jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan

Semua petunjuk dalam soalan perlu dielakkan

Kehendak tahap kejituan atau unit diberitahu

Fakta soalan perlu tepat

Setiap soalan hanya mempunyai satu jawapan

Peraturan pemarkahan perlu disediakan

Soalan perlu disemak semula

Pembinan Ujian Esei

Bentuk ujian mengikut JSU

Tugasan soalan perlu jelas-Calon perlu mengetahui dengan jelas. Cth Bincangkan kaedah projek atau terangkan apa yang dimaksudkan dengan kaedah projek

Cuba guna perkataan penghurai contoh-jelaskan, huraikan,bezakan

Tunjukkan dengan jelas markah

Pilih soalan-soalan dengan teliti kerana skop sukatan pelajaran yang boleh dirangkumi oleh ujian esei

Arahan-arahan bagi ujian seharusnya jelas

Soalan esei yang mengandungi banyak pilihan adalah tidak digalakkan

Bentuklah soalan mengikut aras kesukaran yang sesuai dengan kebolehan mental murid

Tambahan bilangan soalan dan pelbagai jenis soalan untuk meninggikan kebolehpercayaan ujian

Penggunaan ujian esei adalah lebih sesuai untuk menguji kebolehan murid membuat aplikasi,analisis, sintesis dan penilaian

7. Ujian kepantasan

Ujian kepantasan mengandungi jumlah soalan yang banyak serta mempunyai aras kesukaran yang hampir seragam

Markat ujian seperti ini bergantung kepada jumlah soalan yang betul dijawapb oleh calon dalam masa yang terhad

Biasanya soalan yang dikemukana terlalu banyak untuk diselesaikan dalam masa yang terhad

Tulis apa sahaja yang anda suka

Sertakan nama samaran anda

Tulis nama negeri kelahiran anda

Kemudian, fikirkan siapa orang yang paling disayangi.

Apakah haiwan kegemaran anda?

Lima belas darab sifar berapa?

Lokasi anda sekarang di mana?

Apakah hobi anda?

satu tambah dua tolak tiga tambah satu?

Matapelajaran yang paling digemari?

Jumlah adik beradik?

Warna kegemaran?

8. Ujian Daya

Ujian daya merupakan ujian yang mengandungi soalan-soalan yang berbeza peringkat

Markat bagi ujian ini bergantung pada jumlah soalan yang dijawap dengan betul.Secara unggulnya masa ujian tidak dihadkan

Namun begitu peruntukan masa diberikan kepada calon untuk membaiki markatnya

8. Ujian Rujukan Norma

Ujian yang relatif yang menggambarkan prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal

Meliputi satu bidang pelajaran yang luas

Tujuan-membanding prestasi murid dalam kumpulan

Menentukan murid murid sama ada lulus,gagal, cemerlang dan sederhana

Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan -Sijil

Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi

Penentuan pangkat,gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai pangkat

Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Menggunakan JSU

Kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25 peratus mudah,50 sederhana dan 25 peratus sukar

Kedudukan dalam sesuatu kumpulan menentukan pangkat pencapaian Contoh ujian-peperiksaan akhir penggal,UPSR,PMR,SPM dan STPM

Tidak memberi maklumat secara terperinci tentang kemahiran seseorang murid

9. Ujian rujukan Kriteria

Untuk rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan

Menumpukan pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad

Tujuan-Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian

Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran

Semua soalan dapat membayangkan pencapaian calon denngan jelas.Biasanya hampir sama peringkat kesukaran

Kriteria secara terperinci ditentukan

Tiada gred ditetapkan dan memadaikan pernyataan lulus atau gagal

Tertumpu pada topik-topik tertentu yang lebih khusus

Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian.Contohnya Ali dapat menjawab 20 daripada 25 soalan matematik

10. Ujian Formatif

penilaian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan

mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran

memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar

membantu menentukan sama ada sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang telah ditetapkan

alat-alat penilaian formatif ialah ujian guru di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar

Menjalankan ujian formal ataub tidak formal semasa waktu pelajaran secara individu,secara kumpulan atau secara kelas

Tak formal (pemerhatian dan soal jawab) atau formal (ujian pensel , atau ujian singkat)

Dilakukan semasa mengajar apabila mengesan kelemahan dalam beberapa kemahiran

Dijalankan secara kelas,secara kumpulan atau secara individu

Bagi ujian tak formal tiada rekod disediakan tetapi ujian formal menggunakan senarai semak/rekod prestasi

11. Ujian Sumatif

Sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuautu tahap persekolahan

Mengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred pelajar

Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan

Selepas mengajar beberapa unit pengajaran

Ujian formal menggunakan kertas pensel atau ujian lisan dalam masa yang sesuai

Meliputi beberapa unit pembelajaran atau beberapa tahap persekolahan

penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program

untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada akhir kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu

Penggunaan rekod profil atau sijil.

diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian-ujian penilaian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM

Kegunaan-

Menempatkan murid dalam kumpulan atau kelas yang sesuai

Merancang dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum

Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan

12. Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar

teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.

13. Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor

14. Ujian Diagnostik

Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, pensyarah dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan

15. Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

0 comments:

Post a Comment

IKLAN