Jenis Skala


JENIS SKALA

Skala merupakan penyukat atau alat untuk mengukur kuantiti seperti berat,panjang,tinggi,suhu badan, kekuatan gempa dan sebagainya

Satu prosedur atau konsep mencakupi sebarang aktiviti pengukuran melibatkan peruntukan nombor- nombor pada objek atau hasil satu tingkah laku

Contoh memperuntukan kod 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan

Nombor yang diperuntukan tidak memberi apa-apa nilai sekadar membezakan objek

Satu perbezaan yang nyata antara ciri tingkah laku dengan sains fizikal ialah penggunaan jenis skala yang berbeza bagi membuat pengukuran

Sains tingkahlaku merangkumi fenomena yang pelbagai dan pengukuran ke atas sesuatu fenomena atau perlakuan

Skala terdapat dalam pelbagai bentuk pengukuran

Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu:

i. Jenis kuantitatif

ii. Jenis kategori

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh diukur menggunakan skala:

i. nominal,

ii. ordinal,

iii. sela atau

iv. nisbah.


1. Skala Nominal

Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik.

Skala nominal membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan.

Sebagai Contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori:

nombor 1 - kategori Melayu,

nombor 2 - kategori Cina,

nombor 3 - kategori India

nombor 4 - lain-lain ras.

Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan analisis komputer atau pengenalan bagi setiap ras

Tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan seterusnya.

Nombor hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras.

Apabila nombor digunakan untuk menamakan orang atau objek dan nombor ini tidak mempunyai apa-apa hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai maka skala pengukurannya disebut sebagai skala nominal.

Angka atau simbol yang mewakili kumpulan skala nominal boleh ditukarkan kepada nombor tanpa mengubah maklumat

2. Skala Ordinal

Pengukuran menggunakan skala ordinal akan menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang iaitu susunan yang melambangkan satu bentuk hierarki.

Contoh:

Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali.

Skala ordinal hanya menyusun mengikut hieraki untuk melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain.

Kedudukan skor atau kebolehan yang disusun itu tidak sama magnitudnya atau perbezaannya - hanya menunjukkan satu individu itu skornya dari atas atau dari bawah.

Berapa banyak lebihan atau kekurangan tidak dapat ditentukan contohnya:

Perbezaan kedudukan pelajar nombor 8 dengan nombor 9 hanya 4 markah sahaja, tetapi perbezaan kedudukan antara nombor 1 dengan nombor 2 adalah 20 markah

3. Skala Sela

Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama.

Skala sela memberikan sela sama daripada titik asal (origin) yang arbitrari.

Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri:

i. nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri pangkat.

ii. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur.

Contoh:

Sila perhatikan, nilai 0 dalam skala sela tidak bermakna tidak sesuatu yang diukur.

Contoh

Suhu 0 oC tidak menandakan tiada suhu.

Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga.

Tidak boleh mengatakan mereka yang mempunyai IQ 120 adalah dua kali lebih baik dari mereka yang mempunyai IQ 60.

Ini kerana tidak terdapat titik sifar sebenar pada IQ. Tidak terdapat 0 IQ.

4. Skala Nisbah

Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah.

Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal.

Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur.

Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40

Setiap jenis skala memberi maklumat yang berlainan.

Skala nisbah memberi lebih maklumat daripada skala sela.

Skala sela memberi lebih maklumat daripada skala ordinal dan skala ordinal pula memberi lebih maklumat daripada skala nominal.

Prosedur statistik hanya boleh digunakan dengan jenis skala pengukuran tertentu.

Cara data disusun akan mempengaruhi jenis analisis statistik yang akan dijalankan.

Contoh:

Skala untuk menyukat tinggi menggunakan skala nisbah kerana titik kosong pada skala nisbah memberi makna tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar.

Begitu juga halnya dengan timbangan yang mencatatkan 0 g bermakna tiada berat.

Antara pembolehubah yang mempunyai skala nisbah ialah:

Pendapatan,

Masa untuk melakukan sesuatu tugasan,

Umur.

Skala nisbah jarang digunakan dalam peyelidikan pendidikan dan lain-lain disiplin penyelidikan kerana titik ‘0’ yang diperolehi tidak melibatkan penggunaan yang sebenar.

Contoh:

Dalam sesuatu ujian di bilik darjah atau peperiksaan awam, calon yang mendapat markah kosong tidak bermakna mereka langsung tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang dipelajari atau diuji tetapi tahap pencapaian mereka perolehi tidak mencapai tahap yang ditetapkan kerana mereka mungkin tidak dapat mengeluarkan jawapan seperti yang dikehendaki berdasarkan tugasan dalam soalan.

0 comments:

Post a Comment

IKLAN