
Tuesday, December 13, 2011
PAFA

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
PENGENALAN
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid / pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yangditetapkan oleh syarak.
TUJUAN
Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.
Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan
SYARAT
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.
5. Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam buku panduan. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.
6. Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.
7. Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.
8. Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.
13.Kementerian Pelajaran akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan agregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular posts
-
Pengenalan Penilaian memainkan peranan penting dalam kurikulum pendidikan dan sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Penilaia...
-
J ADUAL PENENTU UJIAN Dalam JPU hendaklah ditetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, aras objektif mengikut Taksonomi Bloom...
-
With this guide, you would be able to add a background image or picture to your Blog, customize the position of your image, and have a stati...
-
PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah in...
-
Ujian formatif: Menurut Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989), ujian formatif adalah suatu pentaksiran semasa yang dilakukan ke atas satu u...
-
Tajuk-Tajuk Akidah II yang telah disediakan PP untuk rujukan: 1. Pengenalan Akidah 2. Metodologi al-Quran Dalam Menerapkan Akidah 3. Ko...
-
INTERAKSI ANTARA TAMADUN Pengenalan Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang...
-
KAEDAH PENILAIAN Ciri2 Penilain Kendalian Kendiri Bersistem • merancang • menentukan instrumen • melaksana • menganalis...
-
Penjelasan Hubungan Antara Kebolehpercayaan dan Kesahan. Kesahan: Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar(1985) telah...
-
Pengenalan konsep penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran. 1) Konsep penilaian. Stufflebeam (1971) dalam Azizi Ahmad, M...
Blog RSS Feed
Via E-mail
Twitter
Facebook

0 comments:
Post a Comment